Cart 0
WhatsApp Image 2026-06-16 at 2.44.52 PM

[BIBLIO] Dekolonisasi Kartografi Kolonial: Kaedah Melihat dan Memahaminya [RAK81]

RM 17.00

Makalah ini bertolak daripada hujah pertama, iaitu peta ialah dokumen yang boleh (dan seharusnya) dibaca, bukannya sekadar dilihat atau dipandang. Maksudnya, kita membaca peta, dan bukan semata-mata melihatnya. Sama seperti seseorang boleh "membaca suasana" atau "membaca keadaan", usaha tafsiran yang terlibat dalam memahami bentuk, kandungan dan menilai semua peta ialah sesuatu yang perlu kita sedari semenjak dari awal lagi.

Jika kita ingin terlibat dalam usaha mendekolonikan kartografi kolonial, maka timbul persoalan tentang apa yang harus dilakukan, dan bagaimana kita dapat berinteraksi dengan dokumen-dokumen kuasa kolonial ini secara kritis?