Cart 0

[BIBLIO] Jurutera-Jurutera Briged Al-Qassam: Pejuang Di Sebalik Tabir Oleh Ahmad Kailani Muhammad [RAK81]

RM 35.00

Briged Izzuddin al-Qassam telah banyak melahirkan tokoh kejuruteraan yang telah memberikan sumbangan besar kepada perjuangan Palestin. Generasi jurutera seperti Kamal Kahil dan Yahya Ayyash sehinggalah kepada saintis seperti Profesor Dr. Jamal Al-Zebda dan Muhammad Al-Zawari telah banyak menyumbang kepada bidang kejuruteraan yang pelbagai seperti pembinaan terowong, pembuatan dron dan rekaan peluru berpandu yang terus berkembang dari hari ke hari.

Pengalaman ketenteraan Briged Izzuddin Al-Qassam, sayap ketenteraan Gerakan Perjuangan Islam Hamas, dibina dan berkembang hasil usaha sekumpulan besar minda kreatif, pencipta, jurutera, profesional dan tenaga teknikal ini yang bernaung di bawah Jabatan Pembuatan Ketenteraan yang merangkumi pelbagai kepakaran.

Antara perintis terawal bidang ini ialah jurutera pertama Yahya Ayyash, Muhammad Al-Deif dan pencipta Adnan Al-Ghoul. Mercka berjaya menghasilkan bom tangan pada 1994. Selepas itu, muncul pula Nidal Farhat dan Tito Masoud yang pertama kali mencetuskan idea pembuatan roket secara tempatan pada 2001.

Kemudian muncul generasi baharu yang berjaya membangunkan usaha ini melalui pembuatan roket yang dinamakan "Qassam" (tiga versi), senjata antikereta perisai seperti al-Banna, al-Battar dan al-Yassin, bahan letupan berpandu, peluru mortar dan pelbagai peralatan lain yang tertera "Buatan Palestin".

Semua ini menjadi titik perubahan penting perjuangan Palestin dalam melawan pendudukan Israel.

Buku ini ditulis oleh seorang yang berpengalaman dalam bidang kejuruteraan awam, serta mempunyai pengkhususan dalam pembinaan struktur bawah tanah dan terowong. Penulis banyak terlibat dalam beberapa buah projek infrastruktur mega di ibu negara seperti LRT, MRT dan terowong SMART