[BIBLIO] Kumpulan Esei Tahun Yang Hilang oleh Lokman Hakim [RAK 81]
Tahun yang Hilang menghimpunkan esei-esei yang lahir daripada
keresahan, kehilangan dan keterasingan manusia sewaktu dunia dibungkam wabak. Dalam suasana ekonomi yang runtuh perlahan-lahan, hubungan manusia yang retak dan dunia buku yang semakin kabur arah tujuannya, Lokman Hakim menelusuri pelbagai persoalan — daripada sastera, fiksyen sains, politik, dunia penerbitan, algoritma media sosial, hinggalah ketakutan paling peribadi tentang cinta, rumah dan kewujudan manusia itu sendiri.
Melalui gabungan esei, anekdot, renungan budaya dan kritikan sastera, naskhah ini merakam sebuah zaman yang terasa seperti hilang daripada sejarah emosi manusia. Tahun yang Hilang bukan sekadar catatan tentang pandemik, tetapi juga tentang manusia moden yang sedang mencari makna di tengah-tengah keruntuhan dunia yang pernah dianggap stabil.