Cart 0

[DBP] Juara oleh Sasterawan Negara oleh S. Othman Kelantan [RAK D102]

RM 29.00

Juara mengangkat pertarungan laga lembu yang menjadi tradisi dalam masyarakat Melayu Kelantan-Patani terutamanya pada zaman sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Laga lembu bukan sahaja melibatkan pertarungan antara haiwan, tetapi juga pertarungan antara manusia.

Apabila Calet, lembu Abang Lazim dan Mamat menang menewaskan Langsat, lembu Pak Isa, maka pertarungan manusia bermula. Pak Isa bersama puaknya menembak mati Abang Lazim.

Mamat mengetuai puak Abang Lazim memburu Pak Isa dan puaknya. Bagi Mamat yang tewas di gelanggang politik meletakkan gelanggang politik dan gelanggang lembu adalah sama.

Namun kali ini Mamat tidak mahu tewas lagi. Gelanggang ini adalah maruahnya!

Juara karya besar S. Othman Kelantan diangkat menjadi filem oleh U-Wei Haji Shaari dengan judul Jogho. Khalid Salleh yang memegang watak Mamat memenangi Anugerah Pelakon Terbaik Asia Pasifik.