KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
images (24)

(DBP) REKONSTRUKSI KATA DALAM BAHASA MELAYU INDUK [RAK 06]

RM 20.00

Rekonstruksi Kata dalam Bahasa Melayu Induk merupakan percubaan merekonstruksi atau membentuk semula kata dalam bahasa Melayu induk yang menurunkan bahasa Melayu moden dengan memberikan penekanan kepada kata bilangan, ganti nama diri, kata adverba dan partikel dengan menggunakan pelbagai dialek Melayu sebagai data. Kata-kata Melayu induk direkonstruksi melalui pengenalpastian pelbagai proses morfologi dan perubahan bunyi. Walau bagaimanapun, bentuk kata yang direkonstruksi itu adalah bentuk hipotesis sahaja. Hal ini dikatakan demikian kerana tidak ada bukti yang nyata seperti pita rakaman, manuskrip dan sebagainya yang menggambarkan bahasa Melayu induk itu.

Penulis telah mendekonstruksi kata, iaitu memecahkan sesuatu bentuk atau kata kepada unsur-unsurnya sebelum merekonstruksi kata dalam bahasa Melayu induk; misalnya, kata sembilan didekonstruksi kepada sa + ambil + an. Proses ini akan memudahkan pengkaji meneliti etimologi atau sejarah pembinaan sesuatu kata.

Buku ini tidaklah mengutarakan semua kata, kerana ini adalah satu hal yang tidak mungkin dilakukan. Kata-kata direkonstruksi melalui pengenalpastian berbagai-bagai proses morfologi dan juga perubahan bunyi. Di samping itu, tumpuan diberi kepada beberapa kategori utama, iaitu kata bilangan, ganti nama diri, kata adverba dan partikel. Rekonstruksi adalah proses mencari bentuk yang awal, yakni bentuk induk, yang menurunkan bentuk-bentuk yang ada. Bentuk yang direkonstruksi itu adalah bentuk hipotesis sahaja, kerana benar atau tidak wujudnya tidak ada siapa pun yang tahu, kerana tidak ada bukti yang nyata, seperti rakaman pita, manuskrip, dan yang menggambarkan bahasa induk itu. Kesimpulan tentang bentuk induk itu dilakukan berdasarkan ciri-ciri yang ada dalam bentuk-bentuk turunannya yang boleh dikatakan membayangkan seluruh atau sebahagian dari bentuk induk itu.

Kaedah rekonstruksi bukan sahaja melibatkan perbandingan bentuk-bentuk kognat tetapi juga memerlukan pengenalpastian bahagian-bahagian yang mendirikan kata. Ini bermakna bahawa sebelum merekonstruksi, terpaksa dahulu didekonstruksi. Maka dengan proses rekonstruksi dan dekonstruksi ini dapatlah kita melihat etimologi atau sejarah sesuatu kata dengan lebih jelas.