Cart 0

[DBP] Rumus Tatabahasa Bahasa Melayu : SINTAKSIS [RAK 118]

RM 15.00

Buku Rumus Tatabahasa Bahasa Melayu: Sintaksis diterbitkan khusus untuk membantu murid, guru dan pembaca memahami selok-belok sintaksis, iaitu pembentukan dan golongan ayat dengan menggunakan rumus yang disediakan.

Buku ini merangkumi 10 unit, iaitu Unit 1: Frasa Nama, Unit 2: Frasa Kerja, Unit 3: Frasa Adjektif, Unit 4: Frasa Sendi Nama, Unit 5: Klausa, Unit 6: Jenis Ayat, Unit 7: Ragam Ayat, Unit 8: Susunan dan Struktur Ayat, Unit 9: Ayat Majmuk dan Unit 10: Penanda Wacana. Dalam setiap unit, terdapatnya nota yang disertakan peta konsep yang merupakan gambaran awal bagi setiap pembentukan dan golongan ayat.

Sebanyak 82 rumus bagi keseluruhan buku ini. Walau bagaimanapun, setiap unit telah dipecahkan kepada tajuk khusus yang disertai huraian tentang rumus. Penggunaan aspek salah dan betul diketengahkan supaya murid, guru dan pembaca dapat mengenal pasti penggunaan yang betul dan salah dalam ayat. Selain itu, disediakan juga lapan soalan yang dipelbagaikan bagi menguji kefahaman tentang setiap tajuk serta memperkukuh pengetahuan tentang pembentukan dan golongan ayat. Latihan yang disediakan ini merupakan latih tubi untuk menguji dan mengekalkan ingatan tentang rumus yang telah diterapkan. Di samping itu, lampiran jawapan disediakan bagi memudahkan murid, guru dan pembaca membuat rujukan, Setiap istilah yang digunakan dalam buku ini juga selaras dengan buku Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah serta Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Menengah. Buku ini sesuai dijadikan rujukan bagi meningkatkan kefahaman tentang sintaksis bahasa Melayu kerana pendekatan yang digunakan ringkas, mudah dan sesuai dengan konteks pembelajaran. Buku ini sangat berguna kepada murid sekolah rendah atau menengah, guru, ibu bapa dan pembaca umum yang ingin meningkatkan dan mengukuhkan pengetahuan tentang pembentukan dan golongan ayat dalam bahasa Melayu khususnya.