
[GALERI ILMU] check it out [RAK65]
Cakap, salah. Tak cakap, pun salah. Memang, kadang kita jadi serba salah. Pesan Rasulullah, kalau tidak ada perkara yang baik, diamlah. Pesanan ini memang perlu kita pegang erat-erat. Tapi dalam pada itu, kita juga harus akur pada pesanan baginda agar kita sentiasa menyuburkan jiwa pendakwah.
Maka, selain berhati-hati, kita juga mahu menginsafi peluang dan kesempatan bernyawa yang masih berbaki ini. Ya, mengapa mesti diam kalau kita boleh berbicara yang baik-baik dan menyebarkan kasih sayang! Kita tidak mahu duduk diam saja. Kita mahu berbicara. Bicara yang boleh menjadi sungai yang mengalirkan pahala berterusan buat kita.
Justeru di sinilah kepentingan tabayyun (siasat) itu mesti diambil kira. Sampaikanlah, tapi biarlah pada perkara yang hanya berlandaskan kebenaran. Bercakaplah, tapi cakaplah hanya perkara-perkara yang membuahkan kebaikan.
Objektif penulisan buku ini tidaklah menggunung tinggi. Cukup kalau kisah-kisah di dalam antologi ini mampu menghasilkan kesedaran kepada masyarakat agar berhati-hati dalam menerima dan menyebarkan informasi. Hati-hati, kerana sifat orang beriman itu ialah taqwa dan taqwa itu bermakna perlunya berhati-hati. Tabayyun cerita, tabayyun situasi. Siasat!