[KARANGKRAF] Smart Jawi: Latih & Tulis Tahun 1-6 oleh Tcer Lysa [RAK K101]
Anak masih gagal kuasai Jawi walaupun sudah bertahun belajar?
Masalahnya bukan pada anak, tetapi kerana kurang latihan yang betul dan berkesan.
SMART JAWI: Latih & Tulis ialah buku latihan Jawi lengkap yang direka khusus untuk memastikan pelajar dapat menguasai tulisan Jawi dengan cepat dan tepat.
Setiap halaman dipenuhi latihan secara berperingkat bagi membimbing pelajar mengenal huruf, memadankan Jawi-Rumi, menyusun suku kata, menyambung huruf dan menguasai hukum Jawi. Teknik Hari Hujan menjadikan proses latihan ini lebih mudah, jelas dan sistematik.