
(KARYA AGUNG) TAJ AL-SALATIN - KULIT LEMBUT
BUKU KARYA AGUNG TAL AL SALATIN
Kulit Lembut
Saiz: 6″x9″
Terbit : 2023
ISBN: 983-983-9510-58
Bil. muka surat: 855
Pengkaji: Hamdan Hassan
Karya Taj al-Salatin ini merupakan satu karya yang meng- gambarkan kepunjanggaan seorang bernama Bokhari al-Jauhari, walaupun ada yang menyebut Bukhari al-Jauhari atau Bukhari. Beliau memperincikan persoalan adab ketatanegaraan khususnya peranan kekhalifahan yang perlu dilaksanakan oleh sultan atau raja. Beliau juga menulis mengenai fungsi orang yang berjawatan pembesar, hakim, ulama dan para kerabat raja. Beliau menegaskan bahawa setiap sultan atau raja, pembesar dan hakim hendaklah melaksanakan keadilan Allah di muka bumi, menyeru kepada kebaikan, membuat kebajikan, menghukum dengan kebenaran, menghamparkan keamanan dan kesentosaan di muka bumi untuk rakyat, serta mengasihi orang yang baik dan menghukum orang yang jahat.