KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
fatimah

[PAK LATIP] FATIMAH AZ-ZAHRA: PUTERI KESAYANGAN RASULLAH

RM 30.00

DALAM sebuah hadis, Nabi SAW menyatakan: "Imam Mahdi itu adalah daripada keturunanku dan dia dilahirkan daripada zuriat Fatimah az-Zahra."Kisah kehidupan Saidatina Fatimah az-Zahra menjadi anugerah sangat besar daripada Allah SWT buat umat ini seperti yang kita dapat rasai apabila menelusuri sirah Baginda Nabi SAW.Ia juga lambang betapa berjayanya Rasulullah SAW mengasuh dan mendidik puterinya. Fatimah dilahirkan pada tahun pembinaan Kaabah, iaitu saat Rasulullah SAW berusia 35 tahun, sekali gus bermakna, beliau lahir lima tahun sebelum kenabian.Kata Saidatina 'Aisyah: "Fatimah az-Zahra ialah wanita yang sangat mirip dengan Rasulullah SAW daripada segi perlakuan dan tutur katanya."Beliau kesayangan Rasulullah SAW dan anak yang membesar di hadapan Baginda. Walaupun dibesarkan dengan penuh cinta oleh kedua-dua orang tuanya, ia tidak menjadikan Fatimah degil dan bongkak, bahkan tumbuh sebagai anak yang sangat taat kepada orang tuanya.