
[PAK LATIP] HAMKA: ULAMA, PENDAKWAH, PENGARANG
HAMKA
ULAMA PENDAWAH. PENGARANG
Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA), juga dikenali sebagai Buya Hamka atau Pak Hamka dilahirkan pada 17 Februari 1908 di daerah Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia. Bapanya seorang ulama besar di Minangkabau. Beliau merupakan seorang ulama, pendakwah, dan pengarang yang amat disegani oleh masyarakat. Hamka juga sudah menghasilkan berpuluh-puluh buah karya dalam pelbagai genre. Karya- karyanya sering dikupas, dibahas, dan menjadi rujukan masyarakat.
Namun, hidupnya tidaklah selalu indah. Mengalami kesedihan kerana perceraian ibu bapanya ketika kecil dan liku-liku hidup ketika sedang membesar, pada usia 56 tahun pula Hamka dipenjarakan atas tuduhan berlaku khianat kepada negaranya. Ini adalah kisah perjalanan hidup Hamka sejak kecil hinggalah beliau meninggal dunia pada 24 Julai 1981.