KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
HUSAIN

[PAK LATIP] Husain Bin Ali : Syahid Di Karbala

RM 35.00
SINOPSIS
 
Padang pasir Karbala sudah mula sunyi. Kini hanya tinggal Husain sendirian melawan musuh-musuhnya. Pertempuran itu agak jauh dari kawasan khemah. Dia tidak mahu kaum keluarganya melihat bagaimana dia akan dibunuh. Dentingan pedangnya tidak pernah sunyi menewaskan musuh yang mara menyerang, Pasukan musuh kucar-kacir dibuatnya. Ketangkasan dan keberanian Husain sangat luar biasa.

Tidak cukup dengan itu, diadakan pula pertarungan satu lawan satu. Namun, mereka bukanlah tandingan Husain. Seorang demi seorang gugur menyembah bumi. Biarpun puluhan musuh berduyun-duyun datang meluru, akan ditangkisnya sehingga tiada seorang pun yang hidup. Tubuh musuh yang tewas bergelimpangan menjadi korban hentaman pedangnya.