
[PAK LATIP] SULTAN ABDUL HAMID II: HARI-HARI TERAKHIR SEORANG KHALIFAH
Dilahirkan pada 21 September 1842 dan meninggal dunia pada 10 Februari 1918. Baginda merupakan Sultan ke-34 Empayar Uthmaniyah. Anakanda Sultan Abdul Majid (1823-1861), Sultan Abdul Hamid II menaiki takhta bagi menggantikan abang baginda, Sultan Murad V.
Baginda menaiki takhta pada waktu yang sukar. Ketika itu terdapat pergerakan antarabangsa dan nasional yang berusaha untuk melemahkan kesatuan Empayar Uthmaniyah. Antaranya adalah Pergerakan Zionis di Eropah yang menyasarkan tujuannya bagi mendapatkan tapak di wilayah Empayar Uthmaniyah.
Sultan Abdul Hamid II memerintah dari 31 Ogos 1876 sehingga digulingkan sejurus selepas Revolusi Turki Muda 1908, pada 27 April 1909. Tegas dan berdedikasi, baginda meninggal dunia ketika hidup dalam buangan.
"Aku tidak akan menjual walau seinci pun wilayah Palestin kerana wilayah itu bukan milikku. Ia milik umat Islam. Mereka membayar empayar ini dengan darah mereka. Maka kami akan menebusnya dengan darah kami. Simpan sahaja wang kamu itu. Kamu akan mendapat wilayah Palestin secara percuma jika empayar ini berpecah. Selagi aku hidup, aku tidak akan benarkan perkara itu berlaku." - Sultan Abdul Hamid II