KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
SYEIKH

[PAK LATIP] Syeikh Ahmad Yassin: Tokoh Ispirasi Perjuangan Palestin

RM 50.00

SYEIKH AHMAD YASSIN 


TOKOH ISPIRASI PERJUANGAN PALESTIN



"Al-Quran telah memberitakan bahawa akan terjadi pergantian generasi setiap 40 tahun sekali. Cuba perhatikan, 40 tahun pertama dalam pemerintahan Israel, terjadi tragedi kemanusiaan Nakba di Palestin, 40 tahun berikutnya Intifada, ketika itu ada perjuangan bersenjata daripada rakyat Palestin, dan 40 tahun ketiga seterusnya akan menjadi masa terakhir bagi Israel. Insya-Allah."

Ahmad Ismail Hassan Yassin atau lebih dikenali sebagai Syeikh Ahmad Yassin ialah pengasas gerakan Hamas dan pejuang kemerdekaan Palestin. Beliau dilahirkan di sebuah perkampungan bernama al-Jura. Ketika masih kanak-kanak, beliau dan keluarganya terpaksa menjadi pelarian akibat perperangan dengan Israel pada tahun 1948. Ketika awal remaja pula, beliau mengalami kecederaan tulang belakang yang teruk sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda sepanjang hayatnya. Syeikh Ahmad Yassin syahid dalam serangan Israel pada 22 Mac 2004 apabila sebuah helikopter tempur AH-64 Apache Israel menembak peluru berpandu Hellfire ke arahnya.