Cart 0
DINAR EMAS

(UTUSAB) Dinar Emas Realiti Semasa Penggunaannya Di Malaysia [RAK 65]

RM 15.00

SIRI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN UTUSAN merupakan buku yang mengulas tentang kepelbagaian teknik pengurusan dalam bidang perniagaan. Buku-buku dalam siri ini menghuraikan konsep pengurusan yang berkaitan dengan perniagaan seperti kaedah pengurusan, perlaksanaan dasar, peraturan, panduan dan undang-undang. Konsep ini sangat berguna khususnya kepada pentadbir dan pengamal institusi perniagaan serta masyarakat umum yang peka dalam bidang yang berkaitan dengan perniagaan

Buku ini merupakan hasil kajian dan penglibatan penulis dalam usaha memartabatkan penggunaan dinar emas di Malaysia. Buku ini membincangkan tentang penggunaan semasa dinar emas yang telah dicadangkan dan dilaksanakan di Malaysia seperti dalam urusan perdagangan antarabangsa, pelaburan, mas kahwin, zakat, e-dinar, cenderamata dan juga penggunaan perkataan dinar atau dirham dalam al-Quran dan hadis. Hal ini menunjukkan bahawa dinar emas merupakan mata wang umat Islam yang telah diguna pakai sejak zaman Rasulullah SAW sehingga zaman kejatuhan kerajaan Uthmaniah pada tahun 1924. Keistimewaan dinar emas dan kelemahan mata wang sekarang juga turut dibicarakan di samping mengetengahkan isu riba dan wang kertas. Selain itu, buku ini juga mendedahkan pandangan sebahagian ahli ekonomi Malaysia berhubung penggunaan dinar emas dan juga cetusan idea Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam usaha memperkenalkan dinar emas di mata dunia.