KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0

100 Amalan Tunaikan Hajat - Kunci Rahsia Mustajab Hajat [BOX 1]

RM 19.00

Buku 100 Amalan Tunaikan Hajat menghimpunkan panduan rohani berasaskan Al-Quran, hadis serta amalan ulama, merangkumi doa para nabi, selawat pilihan, surah-surah utama, dan ibadah-ibadah sunat seperti solat hajat, Tahajjud, Dhuha, istighfar serta sedekah. Setiap amalan dipersembahkan dengan lafaz bacaan, maksud, fadilat dan cara pelaksanaan yang mudah, ringkas serta praktikal untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Lebih daripada sekadar rujukan untuk memohon hajat, buku ini membawa pembaca kepada kefahaman bahawa doa, zikrullah dan ibadah adalah jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia menanam keyakinan bahawa pertolongan Ilahi hadir kepada mereka yang bersungguh-sungguh, sabar dan istiqamah dalam amalan. Dengan susunan yang teratur, ia sesuai untuk semua peringkat pembaca- daripada pelajar, pekerja, suri rumah hingga pencari ketenangan rohani.

Buki ini menjadi teman perjalanan spiritual yang menguatkan iman, membersihkan hati dan membimbing jiwa untuk sentiasa berpaut pada rahmat Allah. Ia bukan sahaja panduan dalam menggapai hajat duniawi, tetapi juga bekal untuk meraih keberkatan, ketenangan jiwa, dan keredhaan Allah SWT di dunia serta kebahagiaan abadi di Akhirat.