KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0

[JT] LEAVING MICROSOFT TO CHANGE THE WORLD. oleh John Wood [RAK F5]

RM 35.00
Tajuk: Leaving Microsoft To Change The World
ISBN: 9789671927465
Penerbit: Jejak Tarbiah
Penulis : John Wood
Terjemahan : Iskandar Shah Ismail
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 560
Halaman: Hitam Putih 
Format: Soft Cover
Berat (kg): 0.480 kg 
Dimensi (cm):  20 cm x 13 cm x 3.7 cm


John Wood dalam pengembaraan beliau di pergunungan Nepal telah menyaksikan suasana sekolah yang daif sehingga beliau mengambil keputusan berhenti daripada kerjayanya di Microsoft dan menumpukan sepenuh tenaga, perhatian dan masanya kepada usaha untuk membina Room to Read - sebuah organisasi yang mendirikan perpustakaan dan sekolah, serta menyediakan biasiswa jangka masa panjang untuk pelajar perempuan di negara dunia ketiga. Buku ini penuh dengan emosi, kisah suka dan duka John Wood dalam usahanya untuk mencapai ketenangan hidup dan mungkin ia juga akan memberi inspirasi untuk kita menjadi orang yang lebih memberi kepada masyarakat.

“Berjuta-juta kanak-kanak sedang menunggu peluang hidup yang dibawa oleh nikmat pendidikan. Saya berharap dan berdoa supaya kita tidak membiarkan mereka menunggu terlalu lama.”

Permintaan guru-guru di sebuah sekolah daif yang disinggahi agar dia kembali dengan membawa buku-buku menjadi titik tolak buah John untuk mengambil keputusan meninggalkan dunia kerjaya dan menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha untuk membangunkan Room to Read – sebuah organisasi yang membina perpustakaan, sekolah serta menyediakan biasiswa jangka masa panjang buat pelajar perempuan di negara-negara membangun.

John Wood menemukan momen eurekanya bukan di dalam dunia korporat Microsoft yang sentiasa sibuk dan menjanjikan pulangan yang lumayan, sebaliknya semasa pengembaraannya di pergunungan Himalaya, Nepal.

Leaving Microsoft to Change The World merakam emosi suka duka dan cabaran getir John Wood mencapai ketenangan hidup melalui jalan pendidikan. Semoga ia turut dapat memberi inspirasi dalam memulakan pencarian makna hidup kita yang sebenar.

Semoga kita sama-sama mendapat inspirasi ketika membaca kisah John Wood. Bekas eksekutif Microsoft yang berhenti kerja dan membina perpustakaan melalui organisasi Room To Read yang diasaskannya.