KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
60479587

[JT] TENANG, KITA ADA AL-QURAN. oleh Hafizul Faiz [RAK F5]

RM 35.00
Tajuk: Tenang, Kita Ada Al-Quran
ISBN: 9789672899051
Penerbit: Jejak Tarbiah
Penulis : Hafizul Faiz
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 290
Halaman: Hitam putih
Format: Soft Cover 
Berat (kg): 0.25 kg
Dimensi (cm):  20 cm x 13 cm x 3 cm
 
SINOPSIS
 
Ketika dunia menekan kita dari pelbagai arah, al-Quran datang menawar cara untuk menyerah.
 
Ketika dunia memaksa kita untuk menjadi terlalu penduli dengan semua hal dan peristiwa, al-Quran datang membimbing kita untuk bertenang, dan cintailah diri sendiri sedalamnya.
 
Ketika dunia menjadi tidak adil, al-Quran memberitahu kita bahawa ketidakadilan di dunia hanya boleh dipatahkan oleh keadilan di syurga.
 
Ketika dunia menyuruh kita berlumba-lumba, al-Quran menyuruh kita untuk berehat dan percaya dengan takdir yang telah disusun buat kita.
 
Begitulah, sesakit apa pun dunia menampar kita, Tenang, Kita Ada al-Quran!

 

Selagi mana kita ada al-Quran, selagi itu kita ada harapan.

Selagi itu kita percaya bahawa ketidakadilah dunia, hanya boleh dipatahkan oleh keadilan akhirat.

Ketika dunia tak pernah berhenti menyakiti, al-Quran pula tak pernah berhenti menyembuh.

Di sini, di sela-sela wahyu, ada tempat bersandar yang paling nyaman, ada cinta yang tak terbandingkan.

Dia sentiasa ada, ketika kita sedang di mana Dia?

Menampilkan sekumpulan refleksi, catatan, dan monolog Hafizul Faiz sepanjang perjalanan menggeledah makna al-Quran.