[Biblio] Dari Orientalisma Hingga Ke Genosida [RAK 76]
Kita sebenarnya belum memasuki zaman pasca-kolonialisme, seperti yang dikatakan oleh Mandela, bahawa kita belum merdeka sehinggalah Palestin merdeka. Penjajahan yang terus berlaku di Palestin hingga ke hari ini sebenarnya memerlukan sebuah logika untuk dijustifikasikan kepada dunia.
Logika untuk meneruskan kolonialisme ini dapat kita fahami dengan mengkaji orientalisme, sejenis pemikiran yang melihat bangsa Timur sebagai kaum kelas bawahan yang boleh dibunuh, dijajah, dan diperintah. Karya ini turut akan meneliti fenomena kelahiran neo-orientalis iaitu golongan peribumi yang telah menghadam dan menyebarkan naratif penjajah.
Buku ini akan menyusuri logika pemikiran orientalisme seperti yang telah dikaji dengan teliti oleh sarjana seperti Edward Said. Pemikiran orientalisme juga mempunyai kaitan rapat dengan ideologi rasis seperti zionisme.
Penentangan peribumi ke atas penjajahan dan genosida mereke akan diberi fokus dalan karya ini dan bagaimana perjuangan yang digerakkan oleh para pejuang peribumi d di Palestin, Lubnan, Iran dan Yaman.