Cart 0

[DBP] Edisi Membaca Malaysia : Tulang-Tulang Berserakan oleh Usman Awang [RAK F4]

RM 10.00

Usman Awang yang terkenal dengan nama Tongkat Warrant dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor. Beliau merupakan Sasterawan Negara yang ketiga dan menerima anugerah ini pada tahun 1983. Antara karya beliau yang popular ialah drama Matinya Seorang Pahlawan dan Tamu Bukit Kenny, manakala karya puisi pula ialah Bunga Popi, Kekasih dan Ke Makam Bonda.

Sejarah hitam telah melanda Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) pada bulan Jun tahun 1948. Pertentangan politik yang tajam antara pelbagai fahaman telah mengakibatkan perisytiharan Undang-undang Darurat di seluruh negara. Pemerintah Inggeris mengambil kesempatan untuk terus menekan pemimpin-pemimpin politik progresif yang dianggap membahayakan pemerintahannya.

'Satu pasukan yang khusus untuk berjuang menentang tentera komunis di hutan-hutan telah dibentuk, yang terdiri daripada anggota polis yang kebanyakannya baru saja tamat latihan di Depot Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Pasukan ini dinamakan Jungle Squad (Pasukan Polis Hutan) yang antara tugasnya meronda di hutan belukar mencari jejak gerila komunis.

Sebahagian daripada suka duka pasukan polis hutan inilah yang dirakam oleh pengarangnya - Usman Awang - berdasarkan pengalamannya sendiri sebagai salah seorang daripada mereka dalam Tulang-tulang Berserakan.