KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0

[DBP] SISTEM PENGELASAN PERPULUHAN DEWEY

RM 16.00
Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey memuatkan bahan tentang sistem pengelasanyang digunakan di pusat-pusat sumber. Bahan yang dimuatkan ke dalam buku inidisampaikan dengan jelas dan mudah difahami oleh semua golongan, bermula dengankonsep asas sistem pengelasan yang telah digunakan olah manusia dari zamanAristotle hingga ke penggunaan Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey yangdigunakan pada masa kini.


Buku ini mengesyorkan dua cara pengelasan sesebuah buku. Pendekatan pertamamenggunakan kod Senarai Pengelasan Perpuluhan Dewey iaitu daripada prosesringkasan pertama, ringkasan kedua dan ringkasan ketiga yang telah disenaraikanuntuk digunakan di pusat sumber. Pendekatan sedemikian dinamakan PendekatanAktif.Pendekatan kedua dinamakan Pendekatan Pasif dengan menggunakan SenaraiTajuk Perkara dan kod Senarai Pengelasan Perpuluhan Dewey ketika mencari suatukod pengelasan untuk sebuah buku.


Buku ini juga dilengkapkan dengan beberapa arahan dan panduan cara memprosessebuah buku dengan memilih kod pengelasan yang tersedia itu. Malahan, ia menjaditeras kandungan buku ini. Penyusun mengasaskan arahan dan proses pengelasanyang terdapat dalam buku ini pada kod pengelasan yang tersenarai dalam SenaraiRingkas Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey (terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka)dan Dewey Decimal Classiffication edisi yang ke-19 dan ke-20 karya Forest Press.