
(DBP) TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG - EDISI KARYA MALAR SEGAR PENERIMA S.E.A WRITE AWARD [RAK 03]
Hanim, watak utama novel ini membesar berlatarbelakangkan pelbagai masa: ketika umurnya sekitar empat tahun sebelum Perang Dunia Kedua, ketika pendudukan Jepun, ketika Bintang Tiga dan darurat, ketika orang Melayu bangkit menentang gagasan Malayan Union, sehinggalah ketika Tanah Melayu di ambang kemerdekaan. Riwayat panjang Hanim yang pedih diakhiri dengan suasana yang lebih menjanjikan, apabila dia berjaya menyambung pelajarannya ke menara gading. Penceritaan novel ini disampaikan melalui pendekatan sudut pandangan orang pertama. Bahasanya mudah difahami dan sering kali pula imaginatif. Hasilnya, terakam suatu gambaran perkembangan hidup seorang gadis yang melalui pelbagai peringkat, sehingga tiba di ambang kebebasannya membentuk keperibadiannya dengan lebih meyakinkan lagi.