KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0

[IBDE]. Novel Jejak Berdarah (Sherlock Holmes - A Study in Scarlet) - Edisi Bahasa Melayu

RM 30.00

Kepulangan Dr. John Watson dari Afghanistan telah menemukannya dengan seorang lelaki eksentrik bernama Sherlock Holmes. Kebolehan luar biasa teman serumahnya itu menghidu jejak jenayah menimbulkan kekaguman padanya. Suatu hari, pembunuhan di Lauriston Gardens mencetuskan kegemparan di London. Petunjuk yang dikesan amat sedikit. Dengan ilmu penyimpulan, Sherlock Holmes merungkai bebenang merah—antara dendam kesumat dan kisah cinta yang cukup memedihkan.

BIODATA PENGARANG
Arthur Conan Doyle amat masyhur sebagai pencipta watak Sherlock Holmes, namun dia juga mempunyai kerjaya lain selain sebagai penulis, jurnalis dan tokoh awam.
Pengarang ini dilahirkan pada 22 Mei 1859 di Edinburgh dalam sebuah keluarga hartawan Irish. Dia mendapat pendidikan sebagai doktor, meraih ijazahnya dari Universiti Edinburgh pada tahun 1881. Usai menamatkan pengajian, dia bekerja sebagai jurubedah di atas kapal pemburu ikan paus selain pegawai perubatan di atas kapal api yang belayar di antara Liverpool dan Afrika Barat. Kemudian dia menetap di Portsmouth, pantai barat Inggeris dan membahagikan masanya antara kerjaya sebagai doktor dan pengarang.
Watak Sherlock Holmes pertama kali muncul dalam A Study in Scarlet (Sherlock Holmes: Jejak Berdarah) dalam majalah Beeton’s Christmas Annual yang diterbitkan pada tahun 1887. Kejayaan watak ini mendorong Conan Doyle untuk menulis lebih banyak cerita tentang Holmes tetapi pada tahun 1893, sang pengarang membunuh wataknya sendiri dengan harapan dapat menumpukan perhatian kepada penulisan yang lebih serius. Namun begitu, desakan awam akhirnya membuatkan Conan Doyle “menghidupkan” kembali watak Holmes. Di samping itu, Conan Doyle turut mengarang beberapa novel lain, termasuk The Lost World dan beberapa karya selain cereka. Karya-karya lain ini termasuklah sebuah risalah yang menerangkan kewajaran pelibatan British dalam Perang Boer, yang disertainya sebagai pahlawan serta sejarah Perang Boer dan Perang Dunia Pertama yang melihat anak lelaki, adik dan dua sepupunya mati terkorban.
Conan Doyle juga pernah dua kali bertanding untuk kerusi di parlimen namun gagal. Pada tahun-tahun lewat hayatnya, dia begitu berminat dengan dunia spiritualisme. Pengarang ini meninggal dunia akibat serangan jantung pada 7 Julai 1930.