KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0

[JT] Legasi Langka Duka (F4)

RM 49.00

"Namun, dunia Langka Duka yang tersembunyi itu hanya dapat dibuka oleh pewaris sejati - keturunan yang sesungguhnya."


Jada Lyla tidak pernah menyangka bahawa dia ialah pewaris tunggal takhta yang dibesarkan dalam dunia biasa.

Pertemuan dengan keris dan loket di muzium telah mengubah rentak hidupnya sama sekali. Dia dibawa ke dunia yang tidak terjangka, Kerajaan Langka Duka yang pernah gemilang tetapi kini diperintah oleh raja nan kejam.

Lalu, satu per satu tanda tanya mulai menjengah. Daripada misteri kematian ibu dan ayah, Arian yang berbahasa lagak pendekar dan asal usul Magistra yang memburunya sejak di bangku sekolah - Jada Lyla percaya, bahawa berdiam diri bukan lagi pilihan.

Antara hidup dalam ketakutan, atau menyelamatkan negeri yang kini di ambang kejatuhan, apakah pilihan yang bakal dia putuskan?