[JT] Falsafah Kebudayaan Islam Moden oleh Prof Dr. HAMKA [RAK F4 / L102]
Ketika dunia moden semakin memuja kebebasan tanpa batas, Buya Hamka tampil mengingatkan bahawa kebudayaan bukanlah sekadar seni, bahasa atau warisan bangsa. Bahkan kebudayaan merupakan cerminan iman, akal dan maruah manusia. Melalui Falsafah Kebudayaan Islam Moden, pembaca dibawa menyusuri pergelutan seorang ulama, sasterawan dan budayawan besar yang berani berdiri di tengah-tengah gelombang ideologi dunia demi mempertahankan roh Islam dalam peradaban moden. Himpunan tulisan ini bukan sekadar catatan sejarah. Ia adalah suara yang membakar kesedaran. Tentang bagaimana Islam membentuk budaya, tentang pertarungan pemikiran Timur dan Barat, tentang seni, bangsa, kebebasan dan tauhid. Semua ini ditulis dengan bahasa yang tajam, indah dan penuh wibawa.