Cart 0
sumber sekolah

(LITERASI RESOURCES) Panduan Membangun Pusat Sumber Bersama Komuniti Ibu Bapa [RAK 64]

RM 25.00

"Melentur buluh biar dari rebungnya, melentur ilmu biar dari ibu bapanya"

Ungkapan di atas cukup sinonim dengan buku ini yang menerangkan peranan ibu bapa dan komuniti dalam menyemai minat suka membaca serta bekerjasama membangun PSS di sekolah. Terbitnya buku ini akan membantu guru-guru GPM khasnya dan pentadbiran sekolah amnya untuk menggembleng tenaga menarik ibu bapa dan komuniti masuk ke sekolah dan seterusnya membantu mencapai matlamat kerajaan dalam membasmi buta huruf di samping mengurangkan beban tugas GPM dalam mengurus tadbir Pusat Sumber Sekolah (PSS) masing-masing.

Bagaimana penglibatan ibu bapa dan komuniti dapat diserap ke dalam pengurusan PSS dan sekolah dijelaskan dalam buku ini berdasarkan pengalaman penulis (guru dan ibu bapa). Namun apa yang menjadi pengajarannya ialah ilmu yang bakal diterima oleh si anak sebagai bekalan hidupnya di dunia. Ibu bapa merupakan insan yang kita perlu lihat sebagai role model dalam pembentukan sahsiah serta minda anak ke alam persekolahan. Justeru, buku yang ditulis dari kaca mata seorang guru dan ibu pelajar ini merupakan gabungan pengalaman serta penceritaan perjalanan dua organisasi berbeza yang telah dapat disatukan di sebuah sekolah di SK. Kg. Titingan, Tawau, Sabah, yang kini merupakan PSS pertama di Malaysia yang mempunyai Kelab PSS (Komuniti PIBG) yang telah berjaya membangun PSS mereka bersama dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.

Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan agar kelab ini berfungsi dan memain peranan mengikut landasan objektifnya yang sebenar. Buku ini diharapkan akan menjadi panduan kepada semua sekolah amnya serta PSS khasnya untuk menarik minat ibu bapa setempat mendekati sekolah dan seterusnya mewargakan serta memasyarakatkan ibu bapa dalam pengurusan sekolah sambil menerapkan kemahiran literasi maklumat dan NILAM dalam kalangan komuniti.