KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0

[NUSA] PERKAHWINAN RAMA-RAMA. SN S.OTHMAN KELANTAN

RM 30.00

Perkahwinan Rama-rama memaparkan kepelbagaian imaginasi dalam bentuk cerpen dalam pelbagai tema. Ia mengisahkan sifat realistik manusia yang diwujudkan secara kreatif bermula dari persoalan politik, kemasyarakatan, kemanusiaan dan kebinatangan sampai keapda persoalan pemikiran yang wujud secara abstrak. Kekayaan imaginasi yang kreatif telah memperlihatkan kekayaan dan kemampuan bahasa dan stail yang digunakan.

Tidak dapat dimungkiri cerpen-cerpen dalam Perkahwinan Rama-rama telah menyingkap hampir keseluruhan dari watak kehidupan manusia yang amat kompleks. Ia memperlihatkan keupayaan manusia dalam menanggapi permasalahan diri peribadi secara mendadak atau memperlihatkan kesanggupan berfikir dalam masalah-masalah yang lebih sofistikated. Semuanya disajikan secara kreatif yang imaginatif dalam mewujudkan keupayaan dan kesanggupan bahasa Malaysia dalam menampung dan merakamkan bukan saja karya-karya akademik akan tetapi juga karya-karya kreatif.

Inilah Perkahwinan Rama-rama yang merupakan segugus cerpen hasil pengalaman pengarangya dalam tahun-tahun terakhir untuk menemui peribadinya dalam dunia kesusasteraan tanah air yang kian mencabar. Ia disajikan sebagai satu juadah yang hanya mungkin dapat dinikmati oleh orang-orang kritis dan berminat, bukan untuk dibaca oleh orang-orang yang iseng-iseng kerana waktu lapangnya banyak.