[PENERBITAN WAHAI] Ikhwah Pakai Jeans: Kerana Akhirnya Ikhwah itu Seorang Lelaki oleh Inche Gabbana [RAK93]
BUKU APA NIP?
Kompilasi artikel-artikel pilihan Inche Gabbana ini dibukukan dengan harapan mesej-mesej tarbiyah dan dakwah yang ingin dibawanya dapat sampai kepada kumpulan pembaca yang lebih meluas. Pelbagai tema disentuh di dalam buku ini; dari cabaran dan mehnah di atas jalan dakwah sehinggalah kepada kelazatan dan kemanisan berukhuwwah.
Meskipun kesemua artikel ini boleh didapati di belognya, diharapkan dengan pembukuan artikel-artikel tersebut dapat memberikan kelainan dalam pengalaman pembacaan.
Moga Allah Redha.
APA KATA MEREKA?
"Disebabkan penyampaian bersahaja tapi at the same time serious, saya mampu untuk stay baca sampai habis dalam masa kurang daripada seminggu. Considering yang saya punya attention span sekangkang kera, saya kira itu satu achievement." Aiman Azlan, Veloger dan Beloger Hensem
"Dalam dunia yang sarat dengan mehnah dan tribulasi ini, IPJ tampil memberi injeksi pada hati dengan dos yang secukupnya untuk kembali bernadi...buku yang harus dibaca berkali-kali untuk kita
manusia pelupa."
Dr. Anwar Fazal, Tuan Tabib Ummah
"IPJ membawa pembaca mengenali dakwah dan tarbiyah melalui dimensi yang berbeza. Lebih dekat, santai dan menyegarkan.
Reviving!"
Inspektor Saahab, Seorang Beloger Pemalu