KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
BAKSO

[ROCKY] BAKSO 7 KERDIL oleh JASAD BERSIONG. [RAK 68]

RM 28.00

Penulis: Jasad Bersiong

Penerbit: Rocky Press

Tahun Terbit: 2024

Mukasurat: 109

Himpunan cerpen ini menghidangkan cerita-cerita gelap, ngeri, memualkan dan mencabar para pembaca meneliti personaliti manusia dari sudut pandang yang enggan didekati. Kecemburuan seorang rakan karib, tipu daya melibatkan yatim piatu, rahsia daging laku terjual - semuanya menuntut keluhuran serta keberanian jiwa menyusurinya!

*UNTUK PEMBACA MATANG*

Jasad Bersiong berasal dari Perak dan bermastautin di Kuala Lumpur sejak lebih sedekad lalu. Merupakan seorang penulis kecil-kecilan yang gemar menulis cerita-cerita ngeri yang membuatkan orang mengucap panjang. Pernah menghasilkan 11 zine genre sama yang laris terjual. Penggemar sajak yang aktif mendeklamasi sajak dalam pelbagai acara seni. Bukan ahli Sitizoner, tetapi meminati lagu-lagu Siti Nurhaliza.