KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
4SISI

[ROCKY].EMPAT SISI DINDING oleh STEFF FLEUR. [RAK 68]

RM 30.00

Penulis: Steff Fleur

Penerbit: Rocky Press

Tahun Terbit: 2024

Mukasurat: 261 halaman


Bungan, seorang gadis introvert, menjalani kehidupan kampusnya yang dipenuhi dengan kecintaan terhadap seni muzik dan buku-buku serta kemesraan dengan teman-teman rapat terutamanya Nick Chang. Namun Nick tiba-tiba menghilang tanpa jejak selama beberapa bulan dan kemunculan semula Nick membuka pelbagai pintu persoalan. Di tengah-tengah keriuhan kehidupan kampus yang semakin memanas dengan pertembungan budaya, warna-warni pemberontakan, dan gelombang melodi keamanan, Bungan tekad merungkai misteri kehilangan Nick ke titik paling tersembunyi antara mereka.


Steff Fleur mengalun dan menganyam imaginasi serta pengalaman hidup ke dalam gubahan fiksyen, sajak, dan seni kata lagu. Penulisannya tersenarai dalam antologi The Tudung Anthology terbitan Matahari Books, serta Kopilosofi terbitan Biblio Lit.

Lagunya berjudul If You Don't Love Me Now dipilih menjadi lagu tema kisah bersiri Tilit-tilit Cinta di Netflix. Lebih dikenali ramai sebagai penyanyi dan penggubah lagu, beliau aktif dalam festival seni dan muzik di Kuching sejak 2017. Lagu-lagunya boleh didengari di Spotify dan Apple Music : Steff Fleur.