KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
situasi2

[ROCKY] SITUASI SITUASI oleh REGINA IBRAHIM. [RAK 68]

RM 28.00

Penulis: Regina Ibrahim

Penerbit: Rocky Press

Tahun Terbit: 2024

Mukasurat: 130 halaman

Cerita kekal cerita, yang dialami, didengari, dideru sang angin dan terjadi di hadapan mata menyuntik inspirasi lantas difiksyenkan supaya sedap meskipun nadanya pahit, gelap, lucu, hina dan pelbagai. Jangan gusar, 20 cerita pilihan ini melibatkan cisgender dan transgender, kerana kita dalam drama kehidupan sebenar merupakan entiti yang saling menyaling, bukankah semua kita dilahirkan daripada penyatuan zuriat dua manusia cisgender? Tiada sebab untuk saya jadi berat sebelah apabila berkisah tentang sikap, semangat, kekecewaan, manipulasi dan pelbagai harapan manusia dalam semua penceritaan sebelum dan selepas ini.

*UNTUK PEMBACA MATANG*

Regina Ibrahim merupakan bekas guru sekolah kerajaan di Malaysia yang beralih ke dunia pentas. Bergelumang dengan dunia hiburan selama 20 tahun sebelum meluncurkan buku pertama, Perjalanan yang menjadi bestseller. Aktif menulis fiksyen dan

juga artikel tentang SOGIESC, satu konsep pemahaman mengenai perbezaan jantina dan Identiti seksual. Telah menghasilkan beberapa buah novel dan puluhan cerpen yang telah disiarkan oleh Fixi, SelangorKini dan penerbitan indie. Beliau menyokong pemberdayaan wanita dan memilih untuk bercerita secara tidak konvensional.