
[TELAGA BIRU] Siri Khulafa' Al-Rasyidin - Abu Bakar Al Siddiq (BOX 1)
Dalam satu riwayat yang disampaikan oleh Syeikh Abu Ishaq dalam tausiyahnya, ketika tangan Abu Quhafah berjabat dengan tangan Rasulullah SAW untuk berbaiah menyatakan keislamannya, Abu Bakar al-Siddiq menangis.
Nabi bertanya,
“Wahai Abu Bakar, apa yang menyebabkan kamu menangis?”
Abu Bakar menjawab, “Seandainya tangan bapa saudaramu (Abu Talib) yang berjabat dengan tanganmu sekarang, tentu lebih aku sukai daripada tangan ayahku kerana yang demikian itu akan lebih menggembirakanmu.”
Syeikh Abu Ishaq tidak dapat menahan tangisan ketika mengucapkannya lalu beliau menangis teresak-esak. Setelah beberapa saat beliau meneruskan ceramahnya semula.
Sesungguhnya Abu Bakar al-Siddiq adalah antara sosok yang tiada tandingannya dalam menterjemahkan keyakinan, ketaatan dan kecintaan yang besar terhadap Allah dan Rasul-Nya. Menelusuri perjalanan hidupnya yang terangkum dalam buku ini akan menghidupkan minda dan hati kita agar terus ikhlas dan yakin dalam perjuangan menegakkan yang hak dan meninggalkan yang batil.
Kelebihan
Menjelaskan kehidupannya yang sistematis dan kronologis.
Bahasa yang mudah dipahami.
Menjadi Sumber Keteladanan Kepemimpinan Islam yang Ideal.
Menyajikan sejarah islam yang autentik dan mendidik.