Cart 0

[Year End Sale] Seandainya Aku Ini Kamu - L.Ron Hubbard (Rak 122)

RM 10.00

"Kamu tentu tertanya-tanya", ujar Profesor, "mengapa aku Aku Uni Kalmy memangil kamu! Suaranya amat perlahan sehingga Si Cilik Tom terpaksa mendekatkan telinganya ke mulut yang berbau busuk itu. "Di mindamu," ujar Profesor, "kamu memikirkannya. Biarlah aku berterus terang kerana sebenarnya aku sentiasa menyanjungi kamu."

Si Cilik Tom terperanjat. "Ya," ujar Profesor, "aku mengagumi banyak perkara tentang diri kamu.

Di kem ini, ramai orang takut kepada aku. Mereka menjauh apabila aku menghampiri. Tetapi kamu ... kamu seorang yang berani, Tom Little. Kamu tidak takut. Kamu cukup berani bukan sahaja untuk berjumpa dan bercakap dengan aku, tetapi kamu juga cukup berani untuk mengambil risiko membuat aku marah - perkara yang ditakuti oleh semua orang lain."