KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
Untitled design (12)

DANG SURI

RM 37.00

Penghinaan ini pasti akan dibalas dengan darah!” Nun berkabus di ufuk Selat Meranti, berdiri sebuah pelabuhan emas, lambang kemegahan Kesultanan Meranti. Namun, tersimpan dendam dan pengkhianatan yang menggoncang istana. “Beta melantik Suri sebagai pegawai utama Pustaka Diraja yang membawa gelaran Tengku Seri Paduka Pustaka Diraja.” Suri dipertanggungjawabkan menyusun khazanah ilmu dan menterjemah hikmah asing ke dalam bahasa Melayu. Pustaka Diraja membongkar rahsia musuh yang merancang mahu meruntuhkan Kota Meranti dari dalam. Mampukah Suri dan Sultan Syarifuddin berpadu kekuatan mempertahankan kedaulatan Kota Meranti? Berabad kemudian, Kasturi menemukan sebuah peti usang berisi manuskrip Hikayat Sang Perindu. Setiap helaian kertas yang kekuningan berbau kepam, tanda ia telah lama terbenam dalam lipatan waktu. “Hikayat ini juga kutulis bagi mencatat segala kerinduanku buat belahan jiwaku. Coretan tinta ini bagi melunaskan janjiku mencatat riwayat hidupmu.” Dari perpecahan istana hingga manuskrip yang terdampar berabad lamanya, tersimpan sebuah kisah yang menuntut untuk dibaca semula. ‘Bonda, kurasa kisah kita tidak pernah bertinta tetapi mengapa ia seakan-akan serupa?