KOMBO TERHAD SALINA [HARRDCOVER] + HUJAN PAGI [A.SAMAD SAID]
Salina [Hardcover]- RM75
Hujan Pagi - RM38
SALINA-
Salina menceritakan kehidupan masyarakat terutamanya orang Melayu di Kampung Kambing, Singapura, selepas perang Dunia Kedua, menghidangkan gambaran-gambaran sebuah kehidupan yang melarat: terpenuh dengan kemiskinan , keruntuhan moral dan pergelutan untuk melangsungkan kehidupan di tengah-tengah kehancuran kehidupan akibat perang.
Sebuah novel besar, karya Malaysia yang bertaraf tinggi diakui dalam dan luar. negara. Membaca Salina tidaklah semata terdedahkan kepada suasana melarat yang penuh pilu itu tetapi juga mendengar suara protes hebat terhadap ketidakadilan sosial!
Hujan Pagi-
Hujan pagi mengesani dan menghuraikan kekusutan jiwa seorang wartawan generasi sebelum perang yang tidak lagi memahami dan menyesuaikan dirinya dengan perubahan arah dan perkembangan suasana akhbar masa kini. Segala yang berlaku sekarang menyentuh hati nurani dan pegangan hidup wartawan itu.
Perkembangan baru dalam harian Sinar Pagi menyebabkan Lokman terseksa dan tergelincir ke dalam dunia halusinasinya sendiri.Menurut doktor jiwanya , Dr Ahmad Dio , penyakit Lokman akan lebih serius , jika tidak segera dibantu. Dalam mingguan halusinasinya iaitu mingguan Hujan Pagi , Lokman merasa berperanan dan dihargai . Dirasakan ada sesuatu perjuangan yang bermakna , sesuai dengan latarnya sebagai seorang nasionalis.
Novel ini mempunyai unsur - unsur lagenda , sejarah , arkeologi , astronomi dan politik dalam Hujan Pagi tidak dimaksudkan hanya sebagai latar tempat dan mental manusia - manusianya atau sebagai sisipan ramuan ilmu tertentu , lebih daripada itu ia menjadi pelantar hujah dan percakapan idea tentang beberapa hal dan pendapat dulu dan sekarang .
"Novel ini ialah penghasilan pascamoden yang mengangkat masalah penyusupan kuasa dalam dunia wartawan, dunia profesion A. Samad Said sendiri yang mulai diceburi sejak 1958 - 1987 . Menerusi novel ini ,beliau menyelitkan unsur realisme magis yang dipopularkan oleh Gabriel Garcia Marquez " - Rosnah Baharudin - Biografi A Samad Said : Memberi Hati Nurani.