
SALINA - Siri Novel Ikonik Sasterawan Negara
Novel Salina, karya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said yang bersifat magnum opus dan malar segar. Malah, nuansa kepengarangannya cukup dekat dengan masyarakat melalui pelbagai mesej dan pemikiran yang dijalin penuh ketelitian serta diberi suntikan ying tinggi nilai estetikanya, Sebagai mana Plato memegang akar sejarah sebagai sumber dunia pengalaman, begitulah A. Samad Said membawa cerminan masyarakat ketika itu kepada dunia dalam novel Salina.
Salina mengambil latar Kumpung Kambing di Singapura selepas era Perang Dunia ke-2. Salina mengetengahkan naratif kagigihan seorang wanita yang bukan saja terpaksa berperang dengan sunana rencam pasca perang, bahkan turut bendepan dengan survival kehidupin dan lingkaran kemiskinan, Membaca Salina seolah-olah membaca muyarakat yang wujud pada setiap zaman meski dalam latar dan suasana yang berbeza.
Nilai-nilai falsafah menjadi teras novel Salina dan diperakui oleh kebanyakan para sarjana baik dari timur mahupun barat sebagai 'Novel Melayu Moden Pertama'. Profesor A. Teeuw, seorang sarjana sejarahsastera memperakui bahawa Salina adalah contoh kepada sastera Melayu Moden yang baik dan bertaraf dunia. Salina telah diterbitkan pada tahun1961 dan telah diterjemahkan ke dalam 38 bahasa asing di peringkat antarabangsa.