Cart 0

[BIBLIO] Seorang Lelaki Yang Melalui Kedukaan dengan Mencuci Pinggan oleh Dr. Andreas Kurniawan [RAK 81]

RM 35.00

"Buku ini akan membantu menuntun kita dalam proses penerimaan

dan perubahan agar arahnya tidak menuju kemurungan, melainkan menjadi peribadi yang lebih kuat dalam menjalani kehidupan dan menikmatinya seadanya." - Kunto Aji, Pemuzik -

Ketika menyambut pesakit yang sedang berduka, seorang pakar psikiatri akan menggali ilmu yang dimilikinya. Dia akan menyelidiki segala teori yang pernah dipelajarinya semasa kuliah dulu dan mengingati pengalaman pesakit-pesakit sebelumnya. Kemudian, dia akan menyintesiskan semua itu demi membantu pesakit yang sedang berduka di hadapannya.

Akan tetapi, ketika Andreas-seorang pakar psikiatri-kehilangan anak-nya, dia melakukan hal yang berbeza. Dia melemparkan semua teori tersebut ke luar tingkap dan memutuskan untuk mencari makna tentang mengapa semua ini terjadi. Dalam pengalamannya, dia menemukan bahawa kedukaan boleh diharungi dengan mencuci pinggan kotor yang bertimbun di dapur.

Buku ini adalah proses Andreas memaknai kehilangan besar dalam hidup-nya. Diceritakan dengan santai serta tambahan sedikit rencah humor gelap, buku ini memuatkan panduan bermanfaat yang boleh terus diaplikasikan dalam hidup, seperti "Tutorial Mencuci Pinggan", "Tutorial Menyusun Puzzle" dan sudah tentulah "Tutorial Menerima Kematian Seorang Anak".

"Hampir semua orang bertanya, apakah kaitan kedukaan dengan mencuci pinggan? Jawapan saya adalah kedukaan itu seperti mencuci pinggan.

Tidak ada orang yang mahu melakukannya tetapi pada akhirnya, seseorang tetap perlu melakukannya."

Dr. Andreas Kurniawan (@dr.ndreamon di Instagram dan @ndreamon di X) adalah seorang pakar psikiatri lulusan Universiti Indonesia yang lebih dikenali sebagai

'pakar psikiatri yang suka berseloroh' di media sosial. Pengalaman kehilangan ayah dan anaknya membuatkan Dr. Andreas menyelami psikoterapi untuk kedukaan dan kehilangan. Buku ini yang meraih IKAPI Awards 2024 bagi kategori Book of the Year adalah sebuah renungan yang menjadi caranya untuk memaknai kehilangan.