KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
PERNIKAHAN

(BIBLIO) ADAB-ADAB PERNIKAHAN [RAK 81]

RM 28.00

SINOPSIS

Adab-Adab Pernikahan merupakan salah satu bahagian penting dalam karya agungnya, Ihya' 'Ulum al-Din. Karya ini membincangkan secara mendalam tentang hikmah dan tujuan perkahwinan, adab-adab sebelum dan selepas akad, serta hak dan tanggungjawab antara suami dan isteri. Al-Ghazali menekankan bahawa perkahwinan bukan sekadar pemuasan nafsu, tetapi satu ibadah yang membawa kepada ketenangan jiwa dan kelestarian masyarakat. Beliau turut menggariskan kriteria memilih pasangan, cara mendidik anak, serta pentingnya kesederhanaan, akhlak mulia dan niat yang benar dalam membina rumah tangga.

Kitab ini menawarkan bimbingan yang bersifat menenangkan dan berpaksikan ilmu, sesuai buat semua yang ingin mendirikan rumah tangga juga buat mereka yang ingin mengetahui peranan masing-masing dalam melayari bahtera perkahwinan. Melalui pendekatan yang menyatukan nas al-Quran, hadis dan pandangan ulama, ia menjadi rujukan penting untuk membina rumah tangga yang sakinah, mawaddah wa rahmah