Cart 0

[BIBLIO] Batu Puteh: Dendam Geografi di Laut Biru oleh Zulkifli Salleh [RAK 75]

RM 35.00

Batu Puteh yang juga dikenali sebagai Pedra Branca pernah menjadi

rebutan dan pertikaian antara Malaysia dengan Singapura. Sebagai jalan penyelesaiannya, kedua-dua buah negara bersetuju dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Meskipun hanya merupakan sebuah batuan dan menurut takrif rasmi bukannya sebuah pulau, lokasi Batu Puteh amat strategik dan boleh mencetuskan persaingan geopolitik.

Dengan mengambil iktibar daripada kehilangan kedaulatan terhadap Batu Puteh, penulis secara kritis menganalisis bahawa dominasi ruang geografi merupakan faktor runcing dari segi hubungan serantau dan antarabangsa.

ZULKIFLI SALLEH memulakan kerjayanya dalam bidang

penerbitan sebagai editor di Bahagian Buku Pelajaran dan di Bahagi-an Majalah Dewan Bahasa dan Pustaka. Beberapa buah buku beliau, antaranya Nararif Wabak Dunia: Dari Athens ke Wuhan, Pandemik Global: Pasaran Runtuh Ekonomi Ranap, dan Ekonomi Ibn Khaldun akan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun ini.