Cart 0

[BIBLIO] Kumpulan Cerpen Huru-Hara Untuk Disewa oleh Stefanie Kaso [RAK 81]

RM 25.00

"Hulurkan tanganmu. Tidak kiralah, sebelah kanan atau kiri.

Hulurkan. Ini kad saya. Saya menawarkan perkhidmatan paling istimewa di dunia ini. Andai kamu ada masalah yang perlu diselesaikan, kecil atau besar, dengan syarat memerlukan hasil yang segera, kadar kejayaan sebanyak 99.99 peratus, tiada caj tersembunyi; sewalah buru-hara daripada saya ... gertakan adalah percuma."

- Taliman, CEO Syarikat Huru-Hara -

Huru-Hara Untuk Disewa memuatkan 13 buah cerpen yang berkisar tentang huru-hara jiwa seorang manusia - melondeh beberapa sisi gelap yang sedaya upaya kita sembunyikan, termasuk kegilaan, paranoia dan ilusi yang tampaknya memang sedia ada dalam diri kita. Sekurang-kurangnya, sebagai seorang manusia yang jujur, kita pernah mengaku ada memikirkan tentang semua kegilaan itu.

Beberapa cerpen juga, adalah realiti sosial yang berlaku hari ini, sesetengah daripadanya ingin kita bungkam atau sembunyikan di bawah permaidani mewah dari Parsi, takut untuk memperkatakan-nya secara terang-terangan; kerana menjadi seorang manusia yang jujur sangat lelah dan menakutkan.