Cart 0

[BIBLIO] Kumpulan Cerpen: Orang Budiman Dan Negeri Seribu Gunung oleh Lutfi Ishak [RAK 81]

RM 35.00

Kami ialah penduduk Negeri Seribu Gunung. Kami pun tidak pasti, adakah benar ada seribu gunung di negeri kami. Tetapi, kami sangat pasti, negeri kami memang dikelilingi oleh gunung yang banyak. Gunung Naga ialah gunung yang paling tinggi, berbanding gunung-gunung yang lain. Kata orang, hanya orang budiman sahaja yang pernah mendaki hingga ke puncak. Di puncak Gunung Naga-lah tersimpannya kunci kearifan para orang budiman yang menjadi sebahagian sejarah negeri kami sejak begitu lama, begitulah kata orang. Namun, kata orang lagi, di puncak Gunung Naga, tidak sahaja ada kunci kearifan orang budiman, tetapi di sanalah seekor naga bersarang

Kumpulan Cerpen Orang Budiman dan Negeri Seribu Gunung mengangkat persoalan yang sentiasa popular dalam sejarah kehidupan manusia. Disampaikan dengan lenggok bahasanya yang indah, karya ini semestinya menjadi pilihan pembaca sastera.