
[DBP] 8 Kecerdasan Membentuk Muslim Superior (RAK 21)
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-049-9
Tarikh Terbit: 11 Oct 2013
Jumlah Muka Surat : 388
Berat (kg): 0.36
Kategori: Islam Umum, Politik & Sejarah
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
1- "Buku ini adalah untuk mereka yang mahu meningkatkan kecerdasan dan 'kuasa sukses' dalam diri mereka. Sejarah ilmuwan-ilmuwan Islam yang diceritakan adalah menarik dengan kandungannya yang mudah difahami. Buku ini patut dimiliki setiap muslim bagi menjadi “superior” lantas menggandakan tahap sukses dalam kehidupan seharian mereka."
Fadzli Yusof, Master Trainer NLP,
Global Genius Consultant Sdn Bhd.
www.FadzliYusof.com
2- “Pada awalnya ketika membaca buku ini, saya sangkakan ia karya dari penulis-penulis Islamik dari Indonesia. Ini kerana banyak bahan bacaan motivasi mereka sungguh kreatif dan membakar semangat pembaca. Namun “Menjadi Manusia Superior” adalah karya seorang anak muda dari Malaysia yang mempunyai keunikan tersendiri. Banyak buku biografi tokoh-tokoh saintis Islam era Abbasiah dan seumpama dengannya telah saya baca. Namun gaya penulisan saudara Muhamad Akhmal nyata berbeza, segar dan sememangnya menterjemahkan siapa beliau untuk menulis mengenai topik besar ini. Tidak semua orang yang mengkaji sejarah, merujuk kepada sumber yang tepat dan berautoriti. Tidak semua yang mampu membuat rujukan pula mampu mempersembahkan hasil pembacaannya dengan kreatif dan mengesankan pembaca. Dengan corak penulisan yang lebih menyegarkan minda dan membakar semangat pembaca khususnya anak-anak muda, saya kira “Menjadi Manusia Superior” akan menjadi naskhah pertama yang akan membawa penulis muda ini ke gerbang dunia penulisan Islamik yang lebih besar dan mencabar. Tahniah. Buku ini telah membantu saya untuk terus mencintai sejarah dan membantu para pembaca membetulkan paradigma mereka pada sejarah, bahkan paradigm mereka kepada tokoh-tokoh besar yang sebenarnya telah digelapkan Eropah dari dikenali oleh para pelajar Muslim yang menekuni bidang sains dan seumpama dengannya.”
Muhamad Syaari Ab. Rahman
Penulis Buku Bestseller “Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh”
Personaliti Radio IKIM.fm