KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
typic3pathPic0idxPic2931ext2931

(DBP) SINARAN DAN KERADIOAKTIFAN ALAM SEKITAR [RAK 06]

RM 45.00

Buku ini ditulis berdasarkan hasil penyelidikan saintifik penulis-penulis dalam bidang sinaran dan keradioaktifan alam sekitar selama 25 tahun di Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia). Kandungan buku ini diperkuat dengan memasukkan maklumat berdasarkan pengalaman penulis-penulis dalam pelaksanaan aktiviti pemantauan sinaran alam sekitar Nuklear Malaysia, industri pemprosesan mineral dan analisis kandungan bahan radioaktif dalam sampel semasa berlaku kemalangan nuklear di luar negara. Pengalaman penyediaan khidmat perundingan kepada agensi kerajaan dan industri juga banyak membantu dalam penyediaan buku ini. Pengalaman mengajar kursus Post-Graduate Educational Course dan Post-Graduate Diploma anjuran Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) bersama-sama dengan Nuklear Malaysia dan universiti tempatan dalam bidang yang sama dan kursus-kursus bulanan keselamatan sinaran kepada industri berkaitan di Nuklear Malaysia dan kursus-kursus di agensi penguat kuasa dan sektor industri sebagai pelesen sah juga membantu. Pengalaman menyumbang kepada penghasilan bahan penerbitan antarabangsa oleh IAEA adalah pengalaman langsung yang melicinkan penyediaan buku ini.

Walaupun buku ini memberikan fokus utama kepada data dan maklumat sinaran dan keradioaktifan alam sekitar di Malaysia, data dan maklumat yang dikumpulkan oleh badan antarabangsa dan data penyelidik lain juga telah dimasukkan sebagai perbandingan. Jadi, data dan maklumat yang berselerak dalam pelbagai jenis bahan penerbitan telah diusahakan sedaya upaya pengumpulannya dalam buku ini sebagai salah satu bahan rujukan utama. Hal yang sedemikian selaras dengan konsep pengurusan pengetahuan yang patut digalakkan dalam kalangan institusi penyelidikan di negara ini bagi memperkaya lagi khazanah ilmiah saintifik dalam bahasa Melayu.

Diharapkan agar buku ini dapat menjadi rujukan para penyelidik, mahasiswa, penguat kuasa undang-undang berkaitan, pihak industri, pencari pekerjaan dalam bidang berkaitan dan orang awam.