[FIRDAUSPRESS] Maaf Penyembuh Luka Batin oleh Azeannira Abdul Azeh [RAK16]
Ketika hati sangat terluka dan batin rasa tersiksa. Tatkala harapan mula goyang menanti rebah. Aku memilih untuk terbuka, Merawat diri yang hampir punah. Dalam MEMAAFKAN, ada satu proses yang sangat penting iaitu PENERIMAAN. Proses penerimaan adalah fasa yang paling sakit dan mencabar. Sakitnya dikhianati, remuknya jiwa dan dalamnya luka boleh menghalang kemaafan. Pergolakan bukan hanya berlaku di luar tetapi juga berlaku di dalam diri. Kita berperang dengan diri sendiri antara menurut keegoan dan Kembali kepada fitrah, dalam keadaan perlu merawat diri yang terluka akibat perbuatan orang lain dan berdamai dengan kesakitan yang dia tinggalkan. Buku ini mendedahkan rahsia dan langkah demi langkah bagi membantu pembaca untuk merungkai permasalahan sehingga boleh MEMAAFKAN bagi mencapai jiwa yang tenang.