Cart 0

[JIWA] SATU FOTO, SATU RAHSIA : POLAROID [AZRULR] RAK F4

RM 42.00

SNAP!

Kening jejaka itu berkerut. Dia meneliti gambar dengan lebih dekat. Gambar sudah siap tetapi suasananya begitu berbeza.

Dalam kegelapan rahsia bandar Johor Bahru, seorang remaja bernama Qadhir ditemukan dengan sebuah polaroid ajaib. Kamera yang bukan sahaja mengetik gambar, tetapi menyingkap dunia kejahatan. Sentiasa  membawanya kepada jenayah mengerikan. 
Menggunakan polaroid, Qadhir cuba membuka kehidupan masa lalunya.

Kemudian bersama sahabatnya, Detektif Dayang, perempuan energetik bermulut halilintar, mereka meneroka setiap ketikan, membuka pintu demi pintu kepada jenayah hitam, pembunuhan berdarah dingin dan malah konpirasi. 

Tetapi, apakah hanya Qadhir yang memiliki kuasa magis itu? Dan berjayakah Qadhir menjejak sejarah hidupnya kembali?