[JT] Wandi oleh Rozaidy Ameen [RAK F4]
“Kebodohan bukan sumpahan. Ia pilihan.” Di Kampung Tuna, kata-kata adalah ancaman dan buku adalah abu. Di bawah pemerintahan kuku besi Raja Sadiq, ilmu pengetahuan dibakar supaya rakyat terus diperhambakan. Namun, bagi dua pemuda bernama Wan dan Di, rahsia pembebasan bangsa mereka tersembunyi dalam halaman terakhir Khazanah. Mereka merentas padang pasir menuju Bakkah dan menjejaki Khazanah, kitab legenda yang dikatakan mampu mencetuskan revolusi. Namun, sebuah kesilapan pembacaan telah melemparkan mereka merentasi dimensi — dari dunia Wilayah Tala ke sebuah farmasi komuniti di Kuala Nerang, Kedah. Mampukah mereka pulang sebelum Raja Sadiq menghapuskan Kampung Tuna? WANDI yang membawa kita merenung kembali kekuatan setiap aksara, adalah naskhah yang sarat dengan falsafah dunia perbukuan, fantasi dan aksi perang.