KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
fatimah

[PAK LATIP] FATIMAH AZ-ZAHRA: Puteri Kesayangan Rasulullah # (RAK F4)

RM 30.00
Tajuk: FATIMAH AZ-ZAHRA: Puteri Kesayangan Rasulullah
ISBN: 9789672234524
Penerbit: Latip Dan Keluarga Enterprise
Penulis: Abdul Latip Talib
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 204
Halaman: Hitam Putih 
Format: Softcover
Berat (kg): 0.245 kg
Dimensi (cm): 21.6cm x 13.8cm x 1.2cm
 
SINOPSIS
 
Kelahirannya saat ayahanda dan bonda tercinta dipulau dan disisihkan masyarakat. Hanya kerana ayahandanya mahu menarik masyarakat dari lembah kehinaan menuju cahaya Ilahi. Terpesona dengan kecantikkan dan aroma syurga, beliau digelar az-Zahra oleh ayahandanya.
 
Beliaulah puteri bongsu Nabi Muhammad SAW dan Khadijah binti Khuwalid. Saat masyarakat jahiliah masih merendahkan kedudukan wanita dan membunuh bayi perempuan, Fatimah ditatang bagai minyak yang penuh. Pemergian bonda tercinta saat Fatimah baru mengenal dunia, Nabi Muhammad SAW sentiasa ada dengan Fatimah.
 
Beliau yang dibesarkan tidak pernah berasa senang, cukup bersederhana dalam segala perkara, dinikahkan dengan Ali bin Abi Talib, yang juga hidup dalam serba kekurangan. Bukan kekayaan dunia yang dicari, tetapi kekayaan dan kebahagiaan akhirat. Pasangan yang memendam rasa cinta sesama sendiri, dinikahkan Nabi Muhammad SAW di dunia dan disatukan Allah SWT di langit. Indahnya kuasa cinta mereka
 
Solehahnya beliau mencintai ayah dan suaminya. Tidak pernah merungut dan berkasar pada suami. Suami dimuliakan dan dihormati. Melahirkan pewaris keturunan nabi, yang turut menjadi pemuda-pemuda syurga. Pemergian ayahanda tercinta, menarik separuh nyawanya, namun senyuman terukir indah apabila diketahui bakal menyusul pula.
 
Mulianya beliau, di antara empat wanita yang dijanjikan syurga. Pemimpin wanita di dunia dan penghuni syurga paling utama

DALAM sebuah hadis, Nabi SAW menyatakan: "Imam Mahdi itu adalah daripada keturunanku dan dia dilahirkan daripada zuriat Fatimah az-Zahra. "Kisah kehidupan Saidatina Fatimah az-Zahra menjadi anugerah sangat besar daripada Allah SWT buat umat ini seperti yang kita dapat rasai apabila menelusuri sirah Baginda Nabi SAW.Ia juga lambang betapa berjayanya Rasulullah SAW mengasuh dan mendidik puterinya. Fatimah dilahirkan pada tahun pembinaan Kaabah, iaitu saat Rasulullah SAW berusia 35 tahun, sekali gus bermakna, beliau lahir lima tahun sebelum kenabian.Kata Saidatina 'Aisyah: "Fatimah az-Zahra ialah wanita yang sangat mirip dengan Rasulullah SAW daripada segi perlakuan dan tutur katanya."Beliau kesayangan Rasulullah SAW dan anak yang membesar di hadapan Baginda. Walaupun dibesarkan dengan penuh cinta oleh kedua-dua orang tuanya, ia tidak menjadikan Fatimah degil dan bongkak, bahkan tumbuh sebagai anak yang sangat taat kepada orang tuanya.