Cart 0

[PATRIOTS] Tembok Yakjuj Makjuj oleh Helmi Effendy [RAK C104]

RM 33.00

Di sempadan banjaran Caucasus yang diselubungi kabus dan kedinginan, berdiri sebuah tembok berusia ribuan tahun; Tembok Yakjuj dan Makjuj. la dibina oleh Zulkarnain dengan izin Tuhan.

Tembok ini telah menjadi benteng terakhir manusia daripada makhluk perosak yang disebut dalam kitab-kitab suci. Selama beribu-ribu tahun, pelbagai tamadun telah mengambil alih tanggungjawab menjaganya, dari Yunani, Parsi, Abbasiyah, Uthmaniyah hingga ke dunia moden.

Kini, zaman moden, tugas itu di tangan PBB. Mengikut perjanjian, setiap tahun, setiap negara akan bergilir-gilir berjaga di sana. Pada tahun 2027, giliran Malaysia pula tiba. Seperti biasa, PBB mahukan individu yang terbaik, tetapi juga terbuang, mereka yang tiada ikatan dengan sesiapa, yang tidak akan dirindui jika sesuatu

Mereka bukanlah askar elit biasa, tetapi profesional daripada pelbagai bidang yang mempunyai kepakaran unik, yang boleh membantu dalam penyiasatan, pemantauan dan survival di tembok itu. Tujuh orang dipilih, dihantar ke tujuh menara kawalan di dalam hutan tebal yang mengelilingi tembok.

Mereka tidak tahu bahawa masa mereka semakin suntuk. Sesuatu telah berlaku di bawah tanah tembok itu. Pada suatu malam, selepas ribuan tahun tersekat di dalam, Yakjuj dan Makjuj mula bangkit.