KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
WhatsApp Image 2025-07-09 at 9.10.00 PM

HUJAN PAGI - Siri Novel Ikonik Sasterawan Negara

RM 38.00

Hujan Pagi mengesani dan menghuraikan kekusutan jiwa seorang wartawan generasi sebelum perang yang tidak lagi memahami dan menyesuaikan dirinya dengan perubahan arah dan perkembangan suasana akhbar masa kini. Segala yang berlaku sekarang menyentuh hati nurani dan pegangan hidup wartawan itu.

Perkembangan baru dalam harian Sinar Pagi menyebabkan Lokman terseksa dan tergelincir ke dalam dunia halusinasinya sendiri. Menurut doktor jiwanya, Dr Ahmad Dio, penyakit Lokman akan lebih serius, jika tidak segera dibantu. Dalam minġguan halusinasinya iaitu mingguan Hujan Pagi.Lokman merasa berperanan dan dihargai. Dirasakan ada sesuatu perjuangan yang bermakna, sesuai dengan latarnya sebagai seorang nasionalis.

Novel ini mempunyai unsur-unsur lagenda, sejarah, arkeologi, astronomi dan politik dalam Hujan Pagi tidak dimaksudkan hanya sebagai latar tempat dan mental manusia-manusianya atau sebagai sisipan ramuan ilmu tertentu, lebih daripada itu ia menjadi pelantar hujah dan percakapan idea tentang beberapa hal dan pendapat dulu dan sekarang.

-Novel ini ialah penghasilan pasca moden yang mengangkat masalah penyusupan kuasa dalam dunia wartawan, dunia profesion A. Samad Said sendiri yang mulai diceburi sejak 1958-1987. Menerusi novel ini, beliau menyelitkan unsur realisme magis yang dipopularkan oleh Gabriel GarciaMárquez"-Rosnah Baharudin-Biografi A Samad Said:Memberi HatiNurani.